Makluman.... Untuk paparan yang baik sila gunakan browser Mozilla Firefox dan resolusi 1024 x768!.... WTV8 dan WEBRTV TV Alternatif Online Kita!....

Oleh : muhamadalfateh

Maka apa lagi yang boleh diharapkan dari sebuah organisasi itu jika ianya berketuakan seorang yang pengecut dan bacul. Jika membentengi diri sendiri dari segala tuduhan pun dia tidak berkemampuan maka bagaimana dia hendak membentengi kepentingan orang lain ? Aduhai...!

Benar pengecut dan bacul adalah perkataan yang keterlaluan, tapi soalnya jika hendak menjawab tuduhan yang dilemparkan kepada diri sendiri pun ditunjukkan kepada orang lain untuk menjawabnya maka adakah perkataan lain yang sesuai digunakan bagi merujuk kepada orang sedemikian rupa kelakunya selain daripada perkataan tersebut. Jika dikatakan tindakan tersebut adalah satu gerak politik yang motifnya untuk “bermain secara selamat” maka jelas sangatlah individu tersebut terlalu naif dalam berpolitik. Bukanlah satu tindakan yang bijak bagi seorang pemimpin yang sedang dipertikaikan kredibalitinya, yang sedang dihujahkan kemampuannya ketika diberi peluang untuk memperbetulkannya melarikan diri dan menyorok dibelakang orang lain. Aduh malunya !

Begitu juga kalau katanya kelaku itu adalah untuk meredakan suasana, maka sekali lagi dia menunjukkan betapa kualiti kepimpinannya perlu dipertikaikan. Lenggok diplomasi mana yang dipelajarinya, sehingga dia menyangka mengarahkan orang lain untuk menjawab soalan yang ditujukan kepadanya adalah kelaku yang tdak kurang ajar ! Aduh lucahnya !

Maka samada mahu dipercayai atau tidak inilah situasi yang membelenggu negara ini ! Seorang ketua negara ketika dilanyak dengan soalan yang mempertikaikan kredibalitinya, yang mempertikaikan intergritinya lari menyorok dibelakang kemudian menyuruh orang lain untuk menjawab untuknya.

"Jawapan itu akan dijawab, tetapi ia akan dijawab oleh kementerian berkenaan, bukan saya !"

Sebacul itukah seorang Perdana Menteri yang juga merupakan Presiden sebuah parti nasionalis Melayu tertua negara ini berkelaku. Tidak pernah lagi didalam sejarah negara ini seorang Perdana Menteri ketika kredibalitinya diuji dan dipertikaikan dia mengambil sikap dan aksi “menyorok” seperti itu. Tunku Abdul Rahman, Ketua Menteri pertama Malaysia ketika berdepan dengan kritikan dan hentaman Dr. Mahathir yang mempertikaikan kepeimpinan beliau berdiri tetap berdiri tegak mempertahankan dirinya. Berhujah dan bertindak. Tun Abdul Razak juga begitu, beliau pernah dituduh sebagai mempunyai kaitan rapat dengan ideologi sosialis, sehingga projek FELDAnya itu pun dikatakan meniru pendekatan sosialis. Adakah Tun Abdul Razak lari dan menyorok ? Tidak... Tun Abdul Razak mempertahankan usahanya. Berhujah meyakinkan kawan dan lawan, dan hasilnya kredibalitinya diakui sehingga mampu menarik PAS ke dalam BN.

Tun Dr. Mahathir, yang merupakan kunci kepada segala kemelut yang berlaku ketika ini, dizaman pemerintahannya beliau berdepan dengan segalanya. Beliau berdepan dengan cabaran lawan dan beliau juga berdepan dengan cabaran kawan. Kerana sememangnya Dr. Mahathir itu berbeza fikirnya tidak ada satu pun ideanya tidak dipertikaikan. Dan mungkin juga kerana cara kerjanya yang berlainan dengan budaya maka tiada satu pun geraknya yang dihentam. Tetapi adakah sebagai seorang pemimpin beliau mengundur dan menyorok ? Tidak !

Cerita bekas anak didik Dr. Mahathir sendiri pun begitu juga. Datuk Seri Anwar Ibrahim dari zaman pelajar sehinggalah kini tiada satu perjalanan hidupnya yang tidak berhadapan dengan kejian, kutukan dan sebagainya. Tapi sebagai pemimpin berjiwa besar yang mempunyai ciri-ciri tulen seorang pemimpin beliau tidak akan sekali lari kemudian menyuruh ‘budak suruhan’ menjawab bagi pihaknya ketika dihujani dengan fitnah dan tohmah !

Tuan Guru Haji Hadi, Presiden PAS begitu juga halnya. Bukan sedikit tuduhan, kecaman, fitnah, tohmah yang dilemparkan kepadanya. Tapi pernahkah kita lihat beliau lari daripada menjawab setiap tuduhan tersebut. Tidak !

Tetapi mengapa kini dalam keadaan negara ini tidak pernah wujud seorang pemimpin yang bacul dan pengecut, mengapa Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia yang kelima memilih untuk berkelakuan begitu. Apa nasibnya negara ini kelak ?

 
posted by dppk sekijang at 8:40 PM |


0 Comments: