Makluman.... Untuk paparan yang baik sila gunakan browser Mozilla Firefox dan resolusi 1024 x768!.... WTV8 dan WEBRTV TV Alternatif Online Kita!....

Oleh : Mohd Rashid bin Ithnin ( Ketua DPPK Sekijang )

Laporan polis oleh Persatuan Pengguna Wilayah Persekutuan Sabah dan Labuan (CASH) yang mendakwa wujudnya sindiket mengeluarkan kad pengenalan Malaysia tulen kepada beribu-ribu pendatang asing di Sabah di bawah "Projek IC" merupakan pendedahan yang perlu dipandang serius oleh semua pihak. Lantaran ianya melibatkan soal kedaulatan dan keselamatan negara. Pendedahan yang memetik penulisan buku IC PALSU oleh Mutalib M.D itu jelas memperlihatkan wujudnya satu konspirasi yang didalangi oleh mereka yang berkepentingan bagi memastikan survival politik mereka.

Meneliti kandungan buku tersebut, yang berhujahkan bukti-bukti jelas, cukup untuk menyakinkan kita bahawa konspirasi ini merupakan satu bentuk pengkhianatan yang amat jijik dan kotor. Pendedahan penglibatan UMNO didalam beberapa peristiwa juga membuktikan dakwaan banyak pihak bahawa pengeluaran kad pengenalan ini terhasil daripada satu kerjasama dan perancangan tersusun peringkat tertinggi yang tujuannya ialah untuk mendapatkan undi pilihanraya.

Pendedahan kegagalan penukaran kad pengenalan lama kepada kad pengenalan baru sebanyak 10 031 ahli UMNO bahagian Silam kerana didapati ianya palsu, klon, bertindih, kad pengenalan orang mati dan pelbagai sebab lain yang menyebabkan ianya tidak boleh diproses adalah bukti jelas yang tidak dapat dinafikan.

Namun begitu apa yang lebih memeranjatkan tindakan pihak Jabatan Pendaftaran Negara yang tidak mengambil sebarang tindakan terhadap perkara tersebut, malahan bertindak memulangkan kembali kad pengenalan tersebut berikutan campur tangan politik cukup memalukan.

Persoalannya mengapa hal ini berlaku ? Dimana ketegasan JPN selaku agensi yang dipertanggungjawab untuk menjaga kepentingan hak kewarganegaraan rakyat negara ini seandainya mereka dilihat bersekongkol terhadap penyelewengan ini ? Adakah bagi UMNO dan JPN persoalan survival politik itu lebih penting berbanding persoalan kepentingan rakyat negara ini.

Sementelahan pula pendedahan juga menunjukkan bahawa pemberian kad pengenalan tulen kepada pendatang tanpa izin ini dilakukan dengan memalsukan maklumat melalui pengeluaran surat akuan seperti yang didedahkan oleh Setiausaha Agung Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Radin Malleh. Apa yang amat memalukan sebahagian maklumat ini adalah maklumat yang diklon daripada maklumat pemilik sebenar kad pengenalan tersebut. Maka secara jelas disini konspirasi politik terkotor ini meragut hak kerakyatan anak Sabah untuk diperjudikan demi kepentingan politik dangkal.

Maka dengan laporan polis dan pendedahan berbukti ini maka kita mendesak satu tindakan yang benar-benar konkrit dan telus perlu diambil untuk membawa setiap individu yang terlibat didalam pengkhianatan ini kemuka pengadilan

 
posted by dppk sekijang at 9:02 PM |


0 Comments: