Makluman.... Untuk paparan yang baik sila gunakan browser Mozilla Firefox dan resolusi 1024 x768!.... WTV8 dan WEBRTV TV Alternatif Online Kita!....

Mohd Rashid bin Ithnin ( Ketua DPPK Sekijang ) muhamadalfateh@gmail.com

Kenapa tidak kita ? Soalan ini muncul ketika saya didalam perjalanan pulang daripada Pagoh mengiringi pasukan bola sepak Pemuda Sekijang yang menyertai pertandingan 7 Sebelah anjuran DPPK Pagoh. Sepanjang hampir 1 jam perjalanan itu saya asyik memikirnya, memikirkan persoalan kenapa tidak kita ? Sebenarnya telah lama persoalan itu bersarang dibenak minda dan telah berkali-kali saya cuba nukilkan untuk dijadikan artikel untuk sama-sama kita fikirkan, tetapi sayangnya setiap kali itulah kebuntuan menghimpit.

Kenapa tidak kita ? Persoalan apa sebenarnya yang hendak dibangkitkan daripada soalan tersebut ? Semuanya bermula daripada kempen BANTAH yang singgah dibumi Segamat. Meskipun telah berkali-kali saya mengikuti program seumpama ini tetapi kempen ini memberi impak yang berbeza kepada saya sebagai pimpinan pemuda di kawasan Sekijang.

Saya biasa mengikuti lawatan rasmi parti khususnya yang melibatkan saudara Mazlan Aliman ( Naib Ketua DPPP sekarang ), menjelajah keseluruh negara, dari kota metropolitan Kuala Lumpur hinggalah ke pulau-pulau bagi mendekati permasalahan rakyat dengan didalam masa yang meninjau perkembangan PAS disetiap pelusuk. Terlalu banyak pengalaman yang saya kutip. Selain bersama saudara Mazlan Aliman, saya juga kerap berada didalam rombongan petugas negeri pada setiap acara yang memerlukan tenaga dan keringat saya. 2 minggu di Sarawak semasa pilihanraya negeri 2001, berkampung di Pendang ( Kokbah dan Sungai Tiang) serta banyak lagi acara yang semuanya bukanlah sekadar satu perjalanan untuk menghirup udara berbeza buat melapangkan fikiran dan merehatkan badan, tetapi ianya satu perjalanan dakwah yang menyuntik semangat dan ilmu kepada saya. Ianya menyuntik rasa, pengalaman dan pengetahuan yang banyak kepada saya untuk mengenali masyarakat yang melingkari perjuangan ini. Semua ini pastinya suatu yang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit.

Saya boleh dikatakan dewasa dengan cepat didalam politik PAS berbanding usia penglibatan saya yang baru sahaja setahun jagung. Mungkin semua ini berpunca daripada persekitaran yang begitu mendesak. Pertama kali apabila saya mengisytiharkan diri untuk berjuang bersama politik PAS, 2 hari berikutnya saya dilantik menjadi Ketua Pemuda Cawangan. 2 hari kemudiannya saya diminta untuk menghadiri mesyuarat AJK Pemuda Kawasan yang pastinya sesuatu yang amat janggal bagi saya. Tidak sampai 2 bulan selepas itu saya dibawa kekawasan untuk menjadi Setiausaha Kerja Kawasan, bekerja sepenuh masa dengan kawasan. Menariknya saya dilantik sebagai SU Kerja kawasan disaat saya tidak tahu langsung untuk menulis minit mesyuarat. Malah saya sendiri sebenarnya tidak pernah melihat apa itu minit mesyuarat sebenarnya. Mungkin pengalaman hidup menjadikan saya lebih yakin kerana bermula daripada detik itu saya mengikuti semua setiap tamrin dan kursus yang dianjurkan oleh pihak perhubungan negeri. Dari tamrin tarbiyyah hinggalah Kursus Pengurusan Organisasi anjuran Ilham semuanya saya ikuti. Akhirnya dari seorang yang terpaksa menyelongkar kotak-kotak fail lama untuk belajar menulis minit kini, alhamdulillah saya semakin mahir. Dari seseorang yang tidak tahu langsung apa itu pilihanraya kini alhamdulillah saya sedikit sebanyak berupaya untuk menjadi fasilitator untuk mengajar orang lain tentang beberapa aspek didalam pilihanraya.

Saya memulakan semuanya daripada kosong. Ingat lagi ketika kali pertama saya dibawa kedalam gelanggang pemuda. Saya timbul ketika pemuda negeri sedang didalam rangka usaha untuk menerbitkan sebuah buletin bagi tujuan siaran umum. Saya diminta untuk terlibat kesan daripada penerbitan buletin PAS kawasan Segamat yang mana saya merupakan salah seorang tulang belakangnya. Untuk projek penerbitan buletin pemuda negeri tersebut saya diamanahkan untuk merealisasikannya dengan Lujnah Penerangan dan Dakwah sebagai penyelianya. Alhamdulillah ianya berjaya diterbitkan sebanyak 2 kali diatas nama GEMPUR. Tetapi bukan soal itu yang hendak saya bangkitkan, soal yang hendak saya bangkitkan ialah latar bagaimana saya mengusahakannya. Samada hendak atau tidak mempercayainya kelahiran GEMPUR, hampir 90 peratus kerjanya saya lakukan sendiri dari pemberitaan, rekabentuk dan sebagainya, semuanya saya lakukan sendiri. Tetapi yang lebih menariknya, mungkin tiada seorang pun yang mengetahuinya, bahawa saya melakukan semua itu dalam keadaan saya tidak tahu apa-apa. Saya tidak tahu menggunakan Adobe Pagemaker dan saya juga tidak tahu menggunakan Adobe Photoshop ! Pelikkan ? Seorang yang tidak tahu menggunakan kedua-dua perisian terpenting didalam penerbitan tetapi menghasilkan rekabentuk untuk sebuah buletin ? Itulah realitinya. Realiti yang saudara Mazlan Aliman (ketika itu Ketua Pemuda Johor) dan saudara Aminuddin Ayub (ketika itu Ketua Penerangan Pemuda Negeri) sendiri tidak tahu. Saya belajar semuanya ketika saya membuatnya. Alhamdulillah dari hari ke hari dari tidak tahu kini saya boleh menggunakan kedua-duanya.

Pastinya sesiapa yang membaca artikel ini merasa pelik apa kaitannya sejarah penglibatan saya didalam PAS dengan persoalan tentang kenapa tidak kita yang menjadi tajuk artikel ini. Dan juga apa kaitannya dengan kempen BANTAH sehingga tercetusnya persoalan kenapa tidak kita itu ? Ada kaitannya. Sedikit sejarah penglibatan saya didalam PAS adalah bukti bahawa tiada alasan untuk sesiapa yang merasakan diri mereka tidak mempunyai sesuatu untuk disumbangkan kepada PAS. Saya adalah bukti seorang yang tiada apa-apa tetapi kemudiannya menjadi apa-apa didalam PAS. Saya menjadi pentadbir ketika saya menjadi setiausaha kerja kawasan, menjadi penganalisa politik ketika saya menjadi penulis untuk Sdr. Mazlan Aliman, menjadi ahli politik dan pendakwah ketika berdiri sebagai Ketua Pemuda, menjadi pejuang ketika berdemonstrasi dan menjadi apa-apapun ketika keadaan memerlukan saya untuknya.

PAS adalah tapak subur untuk semua orang mengembangkan potensi dirinya. Didalam PAS ahli-ahlinya diajar dan dilatih untuk bersedia menghadapi apa saja. Jika saya seorang yang tidaklah berpelajaran tinggi serta tidak mempunyai bakat dan kemahiran menonjol didalam apa-apa bidang mampu untuk menjadi seperti mana saya sekarang maka kenapa tidak kita ? Kenapa tidak kita semua yang kekadang merasakan diri serba tidak cukup untuk menyumbang kepada gerakan Islam berusaha untuk mencukupkan diri, membentuk potensi diri melalui pentarbiyahan tersusun didalam PAS kemudian eksploitasikannya untuk kepentingan jemaah dan Islam. Kenapa tidak kita ?

Begitu juga persoalan ini timbul apabila memikirkan wujudnya sikap segelintir yang sering melontarkan pelbagai kritikan itu dan ini terhadap usaha-usaha PAS melalui pimpinannya disemua peringkat dengan pelbagai sangkalan nakal dan hujah ideal tetapi ketika diminta melakukannya, mengetuainya, membimbingnya mereka sambutnya dengan hujah juga ! Aduh sambutlah jika ada terpamer dimata kita pelbagai kelemahan PAS dek kerana kelemahan pimpinannnya dengan bersama-sama tampil memperbetulkannya bukan sekadar berhujah itu dan ini, begitu dan begini tetapi apabila praktisnya entah kemana ya mereka berada ? Cuba jawab kenapa tidak kita ? Kenapa tidak kita melakukannya ?

Sekarang ini bukan masanya untuk kita bertanya kenapa PAS tidak berbuat begitu begini, jika kita merasakan ada ruang untuk PAS mempertingkatkan dirinya dan kita yakin kita berupaya melakukannya hadir dan perjuangkannya bukan sekadar kita sibuk diluar gelanggang berhujah yang tidak sudah-sudah, mengkritik yang tidak habis-habis ! Marilah gelanggang perjuangan PAS terlalu besar untuk semua orang berada didalamnya. Gelanggang PAS terlalu luas untuk semua orang berperanan didalamnya. Fikirkan wajarkah ketika kita melihat disana sini kelompongan itu tindakan yang kita ambil ialah dengan mencemuhnya sedangkan yang sepatutnya kita buat ialah berada didalamnya, perkukuhkan ikatannya ! Cuba sekali kita suara.. Sahabat izinkan saya untuk turut membantu ! Insyallah jawabannya... Silakan..! Kecil tapak tangan bulan kami tadahkan...!

 
posted by dppk sekijang at 8:58 PM |


0 Comments: