IPOH 13 Jun - Para ulama yang menghadiri satu muzakarah di sini meminta kerajaan mengkaji semula beberapa amalan seperti perayaan kongsi raya dan rumah terbuka bagi memastikan ia tidak bercanggah dengan hukum syarak.Pengerusi Jawatankuasa Kerja Muzakarah Ulama 2006 Datuk Seri Harussani Zakaria berkata kajian semula itu perlu kerana Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan telah membuat keputusan bahawa meraikan perayaan agama lain merosakkan akidah dan boleh menjurus kepada perbuatan syirik.
(Utusan Malaysia Online)
Hari ini Muzakarah Ulama telah memutuskannya, tetapi yang menjadi tanda tanya, adakah kerajaan akan mengambil padangan ulama ini ? Telah banyak pandangan ulama yang dibakul sampahkan oleh kerajaan atas alasan itu adalah pandangan peribadi. Isu SureHeboh seketika dulu pernah dihukumkan haram oleh Mufti Perak, tetapi ianya tetap berjalan malah diraikan secara besar-besaran. Malah jika kita merenung sejenak kebelakang, bukan sekadar pendapat ulama secara pribadi disanggah, keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan pun dilanggar tanpa menghiraukan kesannya kepada umat Islam. Maka jangan dipersalahkan jika PAS berpendapat UMNO/BN dan kerajaan hanya menjadikan ulama dibawah pmerintahan mereka sebagai terompah kayu yang hanya digunakan bagi membuat bising berlawan dengan PAS, tapi didalam soal hukum, keputusan dan perlaksanaan ulama diketepikan. Inilah hadaharinya pentadbiran UMNO/BN ?

